Memaparkan isu-isu terkini..??

Bar Tender

19 August 2010

Tarawih Di Bulan Ramadhan





Makna dari Sholat Tarawih yaitu : malam ke

1 Bersih dirinya, seperti baru dilahirkan dari kandungan dari ibunya

2 Diampuni dirinya dan kedua orang tuanya yang mukmin

3 Allah SWT mengampuni dosanya yang telah lalu

4 Dapat pahala sebanyak membaca kitab

5 Mendapat pahala seperti sholat di Masjidil Harom, Nabawi dan Al-Aqsho

6 Mendapat pahala seperti melaksanakan thowaf di Baitul Ma’mun dan memohonkan ampun untuknya semua batu-batu tanah liat

7 Mendapat pahala seakan2 dia telah membantu Nabi Musa AS melawan Fir’aun & Haaman

8 Mendapat pahala seperti pahala yang diterima Nabi Ibrahim AS

9 Mendapat pahala seperti pahala yang diterima Nabi Muhammad SAW

10 Allah SWT memberikan rizki kepadanya kebaikan didunia dan akhirat

11 Saat bangkit dari kubur, seperti baru dilahirkan dari kandungan ibunya

12 Pada hari qiyamat, wajahnya bagus seperti bulan purnama

13 Pada hari qiyamat, dia selamat aman dari segala resiko

14 Allah SWT tidak akan menghisabnya di hari qiyamat

15 Para malaikat memohonkan tambahan kebaikan untuk dia

16 Allah SWT bebaskan dia dari Neraka dan membebaskan dia masuk Surga

17 Mendapat pahala sebanyak pahala para Nabi

18 Allah SWT telah ridho kepadamu dan kepada kedua orang tuamu

19 Allah SWT mengangkat derajatnya di Surga Firdaus

20 Mendapat pahala sebanyak pahala para Syuhada dan para Sholihin

21 Allah SWT membangunkan baginya di Surga sebuah rumah dari cahaya

22 Di hari qiyamat dia datang dengan aman dari segala macam susah dan duka

23 Di Surga, Allah SWT membangunkan baginya sebuah kota

24 Allah SWT kabulkan baginya, sebanyak 24 macam doa

25 Allah SWT membebaskan dia dari siksa kubur

26 Allah SWT meningkatkan baginya pahala selama 40 tahun

27 Melewati jembatan “Shirotol Mustaqim” dengan mudah dan cepat seperti kilat

28 Allah SWT mengangkat baginya 1000 derajat didalam Surga

29 Allah SWT memberikan kepadanya pahala seribu ibadah Haji yang diterima

30 Allah SWT berfirman :
“Makanlah buah-buahan Surga, Mandilah dengan air Salsabil dan
Minumlah dari telaga Kautsar, AKU adalah Tuhanmu dan engkau adalah hambaku.”
1 syawal AGUNGKAN DAN SUCIKAN NAMA ALLAH SWT…!!!

Blogger Buzz

16 August 2010

Buang Bayi Berlarutan...?

PETALING JAYA: Satu lagi mayat bayi perempuan yang dibuang ditemui dalam sebuah beg galas berwarna hitam di tebing Sungai Tambun dekat Kota Damansara di sini, hari ini.

"Tiga lelaki itu ternampak sebuah beg dalam keadaan mencurigakan dan bertindak memeriksanya sebelum menemui mayat bayi perempuan yang cukup sifat.


"Mayat bayi malang ini dibungkus dengan tuala dan kain hijau yang menyerupai kain digunakan di hospital untuk membalutnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata, polis akan menyiasat sama ada kain itu adalah milik mana-mana hospital untuk memastikan sama ada bayi itu dilahirkan di hospital.


Arjunaidi berkata, bayi itu, yang berkulit gelap, tidak mengalami kecederaan dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu dan mati sebelum dibuang di kawasan itu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam status di laman sosial Facebook berkata, ketika ditemui, keadaan mayat bayi itu masih segar dan dipercayai baru sahaja ditinggalkan di tebing sungai itu serta masih ada kesan najis bayi.


Sementara itu, seorang saksi Badrul Abdul Rashid, 24, yang berasal dari Sungai Buloh berkata, dia dan dua lagi rakan terkejut apabila ternampak kaki bayi ketika membuka beg itu sebelum melaporkan kepada pengawal keselamatan di kondominium berdekatan

14 August 2010

Setuju Hukum Gantung Sampai Mati Bagi Pesalah Membuang Bayi




Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.
Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
berada pada zaman jahiliah.

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.

Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.

Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya

Petikan Akhbar,

13 August 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dari Channel7



Selamat menyambut bulan Ramadhan dari pihak Channel7.Jangan la kita sesekali terlepas membuat amal jariah pada bulan Ramadhan yang mulia ini.Semoga amalan kita diterima hendak-Nya...Aamin...

Ada Video Game...?

09 August 2010

Peristiwa Bukit Kepong

Video ini mengisahkan pejuang-pejuang Bukit Kepong



1. INSIDEN Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya (berbangsa Cina)semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

2. Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat.

3. Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

4. Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

5. Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.
6. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Komponi Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahaja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pertualang Negara Mengatur Langkah Menyerang Balai Bukit Kepong

7. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut.

8. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.

9. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

10. Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan berserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu.

ORANG KAMPUNG YANG MENJADI PENGAWAL KAMPUNG BERJUANG BERSAMA PERAJURIT

11. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

12. Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.
Mat Indera Semasa Ditahan Polis dan Akhirnya Digantung Di Penjara Taiping

13. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

14. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.Anggota Polis Yang Mati Dicampak Dalam Api



Semoga Allah Merahmati Mereka

15. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

16. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

17. 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

18. Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard).

19. Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilomete dari stesen polis Bukit Kepong. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung.Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepong dan memaksa pengunduran umum komunis.

20. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan.Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

21. Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.

ANGGOTA KESELAMATAN SENTIASA MENJAGA KESELAMATAN NEGARA

22. Terdapat maklumat orang kampung mengatakan antara sebab yang menyebabkan komunis menyerang dan menganas di balai polis Bukit Kepong adalah lanjutan insiden 2 minggu selepas darurat diistiharkan di mana pengawal kampung Mohamad Said bin Alam dan Saibun yang hanya bersenjatakan parang telah membunuh seorang komunis Cina dan menahan komunis berbangsa India dan seorang komunis Melayu Berjaya melarikan diri. Kejadian ini berlaku di simpang kampung Tui dan Bukit Kepong.

23. Selepas beberapa hari insiden di Bukit Kepong, pemimpin komunis Cina iaitu Goh Peng Tun yang masih berdendam dengan Mohamad Said Alam telah menyerang Kampung Belatak untuk mencari beliau iaitu waktu orang kampung berbuka puasa. Didalam serangan itu pengawal kampung Shahdan bin Md. Yunus serta seorang ibu dan anak dalam buian mati dibunuh kejam oleh komunis yang gagal membunuh Mohamad Said.

ANTARA MEREKA TERKORBAN SECARA KEJAM (DICAMPAK DALAM API BAIK YANG SUDAH MENINGGAL ATAU YANG MASIH BERNYAWA) - AL-FATIHAH UNTUK ROH MEREKA

SEBAHAGIAN MEREKA TELAH TERKORBAN TERMASUK BEBERAPA ANAK DAN ISTERI ANGGOTA


JASA MU TETAP AKAN DIKENANG OLEH GENERASI YANG AKAN DATANG
Related Posts with Thumbnails