31 August 2011
Salam Aidilfitri
Labels:
aidilfitri
Sungguh pantas sebulan berlalu ,
terlalu cepat Ramadhan tiba langsung
meninggalkan kita . Namun
Alhamdulillah, dalam kesibukan
bekerja kami sekeluarga tetap
meletakkan ibadah sebagai keutamaan
di bulan yang penuh barakah ini.
Semoga kita dapat bersama -sama
meraikan kemenangan Syawal ini
dengan meningkatkan ibadah dan
melaksanakan segala tanggungjawab
dengan penuh amanah , keadilan , dan
rasa penuh syukur atas segala limpah
rahmatNya . Dan semoga kita kembali
kepada fitrah asal selepas menggilap
iman semasa latihan Ramadhan .
Akhir kata, kami sekeluarga
mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf
zahir & batin kepada kesemua
pengikut setia Channel7..:-D
30 August 2011
Meniaga Burger
Labels:
burger
sedikit ilmu
pengetahuan untuk memulakan
perniagaan buger secara ' cost
effective'. Perkara-perkara yang perlu
kita fikirkan ialah :
1) Modal
Modal untuk memulakan perniagaan
buger biasanya di bawah RM1000 .
Dengan seribu ringgit, kita bole dapat
peralatan buger, menu, dah stok
awal. Konsep untuk modal RM 1 ribu
bertemakan pasar malam. Pakai
khemah atau payuung dan meja lipat .
Bagi yang inginkan kesempurnaan
untuk memulakan perniagaan buger,
modal yang layak diperuntukan ialah
RM 5 ribu. Dengan modal RM5 ribu ,
kita bole membeli stall stainless steal,
freezer , genarator, menu, peralatan
buger dan stok awal .Anda tidak di
galakkan untuk membeli sebarang
francais buger kerana pelbagai
masalah yang akan timbul selain dari
keuntungan yang sedikit . Malah modal
yang diperlukan untuk membeli
sesuatu francais buger adalah lebih
dari RM 10 ribu.
2) lokasi
Lokasi adalah penentu untuk sesuatu
perniagaan buger itu akan maju atau
tidak. Pemilihan lokasi adalah amat
penting dan mestilah berdasarkan
laluan yang strategik . Contohnya di
kawasan taman, 7- Eleven, jalan masuk
dan lain - lain lagi . Anda dilarang untuk
memulakan perniagaan buger
dikawasan yang lebih dari 5 peniaga
buger.Sebagai contoh di kawasan
Bintang, Seksyen 7 . Lebih dari 10
peniaga buger yang bertumpu di
kawasan ini. kesannya akan dapat
dilihat melalui jualan dan keuntungan.
3) Menu dan Harga
Harga adalah faktor utama untuk
menarik hati pelanggan datang
membeli buger. Menu yang attractive
dan kreatif akan memberi lebih
kefahaman kepada pelanggan kita .
Biasanya , kita mesti membuat
perbandingan harga dengan peniaga
buger yang lain sebelum kita
memulakan perniagaan buger.
Pemilihan competitors untuk membuat
perbandingan harga biasanya lebih
dari 5 peniaga buger. Selain dari tu ,
harga biasa yang selalu peniaga buger
gunakan ialah harga genap seperti RM
2. 40, RM 2. 60 atau RM 3 .00. Jikalau kita
menggunakan harga ganjil , anda
dinasihatkan untuk menyediakan duit
syiling yang lebih .
4) Pembekal
Salah satu faktor yang penting untuk
memulakan perniagaan buger ialah
senarai pembekal atau pengedar yang
berhampiran dengan kita . Pengedar
barangan buger adalah amat terhad
di sesetengah kawasan khasnya di luar
bandar . Biasanya roti buger yang
paling susah untuk diperolehi semasa
menjalankan perniagaan buger . Di
antara pembekal yang selalu saya
jumpa ialah WanMart seksyen 17,
Iwani, dan lain -lain lagi .
5) Peralatan
Peralatan yang digunakan mesti
bersesuaian dengan modal yang ingin
kita laburkan .Senarai peralatan
peniaga buger yang selalu digunakan :
- Griddle (kuali leper )- dapur- tray-
botol sos - scrapper- smasher - tab
atau balang mayonis - tab atau balang
majerin- lampu kalimantang - frame-
pisau - chopping board- gutter- bekas
untuk sayur .
Subscribe to:
Posts (Atom)